Wednesday, November 19, 2008

Bubur Caca

Hari Selasa lepas, 18hb November caca rasa nak buat bubur sangat.. edi pun dah sembuh dari sakitnya. apa salahnya caca buat tanda kesyukuran. Balik dari kerja, caca terus pergi beli kelapa parut dan buah melaka. Sampai rumah, suami caca dah tunggu. Tanya dia, suka tak kalo buat bubur? dia yang memang hantu bubur tepung atau dipanggil bubur gunting mengangguk gembira.


Resepi bubur gunting / bubur tepung Caca
A
500gm tepung gandum
1 cawan air + garam 1/2 sudu besar
3 helai daun pandan
B
2 biji kelapa parut
1 1/2 biji buah melaka
Cara
uli bahan A dan gunting kecil2
gunting di atas taburan tepung gandum atas dulang supaya tidak melekat antara satu sama lain.
kalo nak berwarna warni seperti di atas, sila campur pewarna saja 1 sudu teh
Air setengah periuk sederhana besar dibiarkan mendidih dengan daun pandan
setelah mendidih masukkan tepung yang telah digunting tadi
Rebus selama 20 minit
Sementara rebus tepung tadi boleh perah santan
apabila air yang rebus tepung tadi tinggal setengah masukkan santan
kemudian masukkan buah melaka... kecikkan api..
kacau selalu sehingga gula larut.
Siap untuk dimakan.



No comments: